Wednesday, November 16, 2011

Linux Mint lebih popular dari Ubuntu

Mengikut perangkaan lelaman DistroWatch, Linux Mint telah mengatasi kepopularan Ubuntu. Ketua Linux Mint, Clint Lefevre, mengakui Linux Mint meningkat 40% pada bulan lepas, dan kebanyakan pengguna berasal dari Ubuntu. Di lelaman Linux Mint, dinyatakan pengguna Linux Mint sekitar 1/3 pengguna Ubuntu, menjadikannya OS keempat paling popular selepas Windows, Mac OS X dan Ubuntu.

Oh ya, saya dah menggunakannya selama dua minggu, sebelum menyedari ia begitu popular!! Saya memilih Linux Mint kerana ia tidak mempunyai 'buntu' dalam namanya....

No comments:

Post a Comment